Friday 11 November 2011

Inilah Pekan beaufort

Balik dari KL ni, boleh pula merasai menaiki teksi, naik van untuk balik ke rumah. Rasanya dah lama bebenor tak buat aktiviti seperti ini sejak ada kenderaan sendiri. Hari ni runtin itu direfreashkan.

Adui! Teksi... Mabuk rasanya bersama penumpang yang sendiri tidak kenal. Macam2 haruman dihidu.. Menambah kepeningan kepala setelah 2 jam 35 minit dalam flight tadi. 2 jam dalam teksi, memang satu keseksaan buat Dee. Walaupun perjalanan beaufort - kk adalah rutin dee .

Sekarang tengah melepak lagi menunggu van yang bakal Dee naiki . Menunggu penumpang lain. Heheheheh .. Sempat dee rakamkan pemandangan dari tempat dee duduk. Inilah pekan beaufort. Ada perubahan walau masih mengekalkan element ala pekan koboi! Hehehehehhe

Tuesday 1 November 2011

Apa lelaki perlu tahu tentang perempuan

Dee suka ngan kiriman ini. Dee nak kongsikannya dalam diary online ini.

Minta kaum lelaki baca

Rahasia Hati Seorang Perempuan

(¯`v´¯)
`•.¸.•(¯`v´¯)
........`•.¸.•``(´'`v´'`)
. ......`•.¸.•´* ƸӜƷ.¸¸¸.•• ƸӜƷ*
SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian (✿◠‿◠)

CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja (✿◠‿◠)

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM (✿◠‿◠)

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui (✿◠‿◠)

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah (✿◠‿◠)

PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam (✿◠‿◠)

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum (✿◠‿◠)

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya (✿◠‿◠)

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati(✿◠‿◠)

SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita (✿◠‿◠)

Monday 31 October 2011

Terlalu sensertif

Mungkin dee yang keterlaluan, terbawa2 perasaan. terlalu sensertif sehingga kata2 tu membuatkan hati terluka.

"Dyg....jgn la kau kasi masuk dlm BBM Group klu maklumat nda penting sgt. Bikin sibuk saja. Balik2 bebunyi BBM ku ni."

Sengaja dee abadikan kata2 ini untuk dee luahkan.

Agaknya, betullah, apa yg dee buat sekrang mmg sesuatu yang tdk pentingpun. Sgt mengganggu. Usaha dee buat selama ini, upanya bukan usaha yg berbaloi kerana ia adalah usaha sia-sia malah menyusahkan pula individu lain. Mungkin, tanda2 dee perlu berhenti utk meneruskannya

Biarkan air mata ini mengalir walaupun ia sebenarnya tak elok utk diri dee, perasaan skrg menyakitkan deen buatkan kepala dee sgt sakit.

Agaknya dee terlalu letih.. Tu yg ia melarut jd begini.

Tuesday 25 October 2011

Secawan nescafe

Sejak semalam dee angin satu badan. Nak diluahkan pada orang, kasihan pula kawan dok dengar. Nasiblah ada diary mobile ni kan, nama lagi mylifestyle @ jurnal harian. Deepun tak kisah ada mengikuti @ tidak terserah. Sbb ini personal mylife diary

Suruh baut ini untuk berjuang, ada isu minta Dee cover dan pantau. Xder garis panduan. Dah tu, minta bantuan pandangan @ sekali sekala masukler bantu, seorangpun tak masuk. Buat posting, hmmmmm klu kena balun, alamat Dee tanggung sendiri. Agaknya Dee ni bodoh sangat kot sehingga memperbodohkan diri untuk buat kerja yang 'mereka' tak akan lakukannya.

Persoalan dee, memang perempuan biasa playsafe @ selalu nak berada zone selamatker. Hmmm.. Xsemua kot, sbb dee selalu tak berada dalam zone selamat. Wall fb dee sekarang semenjak 2 menjak ni asyik ada je posting gangguan yang menjengkelkan posting youtube melibat tuduhan yang seharusnya bukan dee seorang nk cover. Tuduhan nama tetapi pict melibatkan pihak lain. Statement je.. Siapa lagi youtube dari malaysiakini, posting on blog milosuam.

Ni dah lebih 12 jam dee buat pengumuman dalam group minta pandangan. Seorangpun tak respond. Tapi kalau dee posting citer2 happy .. Wow, laju respond dee dapat. Hmmmmm.. Tegurk lagi secawan nescafe.. Kepala dee berat sgt, berat sebab hati dee sakit dengan keadaan begini. Serba salah, tak buat perjuangan. Buat, menyusahkan dee lak.

Xper. Dee buat je, habis tempoh semboyan berbunyi, korang lantak nak buat apa. Semangat je tinggal ni. Hati dah tawar kalah air kosong dh ni. Dee susah bukan mereka ambil tahu, mrk cuma tahu jaga agenda mereka saja. All the best. Biar dee kali ni nmpk bodoh di mata korang sbb buat keje je 20/7 .

Arios!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 24 October 2011

GIAN

Lepas bosan teramat walau dalam kesibukan teramat. Hari ni kerja Dee dah double trouble. Ada lak kerja tu bertindan. Adui poning den dibueknyo

Sekali sekala , kita perlu juga lari seketika daru dunia serius. Apa lagi, kelebihan N8 seperti smart hp lai, hari ni dee berjaya download mp4 lagu2 fav dee kump penyanyi wanita korea ganeration girls. 5 lagu! Wakakkakakak... Puas hati sbb blh dengar n sekaligus tgok tarian kpop yg menarik.

Dee juga berjaya download mp4 lagu dato siti I'm falling in love yg tgh hangat. Tgok gerak dan penampilannya. Terfikir tanpa tunjukkan rambut, rasanya blhker ikut gaya dia ni? Hehehehheheh fuhhhhh! Sah dee kena jeling n kena kutuk punya!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 22 October 2011

Gelagat kucingku

Perhatikan gelagat kucingku yg dah masuk 5 bulan ini. Si comel kucing yang xreti nak tido 1 tempat kalau tak bergolek2 ke sana ke mari. Yang ini, saja menelentang, biarkan perutnya ditiup angin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 20 October 2011

TIPS JADI TEMAN SEJATI

Dee kongsikan 10 tips dr cosmo:

1. Walaupun dah lama tak berjumpa, kamu sanggup "turun padang" semata-mata untuk buat kejutan di hari jadinya.

2. Teman kamu dah dapat kerja dan terpaksa pindah, namun kamu tak pernah miss melawatnya sebulan sekali untuk melepak bersama seperti di kolej dulu.

3. Bila temanmu mulakan bisnes menjual pakaian. Kamu buka satu fan page di facebook sebagai tanda sokongan padu.

4. Mungkin kamu tak bersetuju dengan cadangannya, namun kamu tak pernah membantah dengan cara menyakitkan hati.

5. Saat temanmu sedang "pokai" di pertengahan bulan kamu tak lokek belanjanya makan dan tonton wayang.

6. Kamu menghormati kepercayaan, keutamaan, pantang larang serta hubungan cinta temanmu itu.

7. Kalian mempunyai hala tuju yang berbeza, namunkamu tak pernah lupa beri dorongan agar dia berjaya.

8. Walaupun dia cuba menyembunyikan kesedihan, kamulah orang pertama yang akan perasan dan cuba. Sedaya upaya untuk membantu dan mengembalikan keceriaan di wajahnya tanpa mengharap balasan.

9. Bila kamu bercuti di dalam atau di luar negara, kamu selalu belikannya cebderamata sebagai tanda persahabatan, malah sanggup hantar menggunakan pos jika kalian tidak sempat berjumpam

10. Kamu akan ikut tip fesyen atau nasihat cinta yang diberikannya tanpa banyak soal kerana kamu dah anggapnya sebagai kakak kandung sendiri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.