Friday 11 November 2011

Inilah Pekan beaufort

Balik dari KL ni, boleh pula merasai menaiki teksi, naik van untuk balik ke rumah. Rasanya dah lama bebenor tak buat aktiviti seperti ini sejak ada kenderaan sendiri. Hari ni runtin itu direfreashkan.

Adui! Teksi... Mabuk rasanya bersama penumpang yang sendiri tidak kenal. Macam2 haruman dihidu.. Menambah kepeningan kepala setelah 2 jam 35 minit dalam flight tadi. 2 jam dalam teksi, memang satu keseksaan buat Dee. Walaupun perjalanan beaufort - kk adalah rutin dee .

Sekarang tengah melepak lagi menunggu van yang bakal Dee naiki . Menunggu penumpang lain. Heheheheh .. Sempat dee rakamkan pemandangan dari tempat dee duduk. Inilah pekan beaufort. Ada perubahan walau masih mengekalkan element ala pekan koboi! Hehehehehhe

Tuesday 1 November 2011

Apa lelaki perlu tahu tentang perempuan

Dee suka ngan kiriman ini. Dee nak kongsikannya dalam diary online ini.

Minta kaum lelaki baca

Rahasia Hati Seorang Perempuan

(¯`v´¯)
`•.¸.•(¯`v´¯)
........`•.¸.•``(´'`v´'`)
. ......`•.¸.•´* ƸӜƷ.¸¸¸.•• ƸӜƷ*
SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian (✿◠‿◠)

CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja (✿◠‿◠)

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM (✿◠‿◠)

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui (✿◠‿◠)

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah (✿◠‿◠)

PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam (✿◠‿◠)

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum (✿◠‿◠)

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya (✿◠‿◠)

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati(✿◠‿◠)

SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita (✿◠‿◠)

Monday 31 October 2011

Terlalu sensertif

Mungkin dee yang keterlaluan, terbawa2 perasaan. terlalu sensertif sehingga kata2 tu membuatkan hati terluka.

"Dyg....jgn la kau kasi masuk dlm BBM Group klu maklumat nda penting sgt. Bikin sibuk saja. Balik2 bebunyi BBM ku ni."

Sengaja dee abadikan kata2 ini untuk dee luahkan.

Agaknya, betullah, apa yg dee buat sekrang mmg sesuatu yang tdk pentingpun. Sgt mengganggu. Usaha dee buat selama ini, upanya bukan usaha yg berbaloi kerana ia adalah usaha sia-sia malah menyusahkan pula individu lain. Mungkin, tanda2 dee perlu berhenti utk meneruskannya

Biarkan air mata ini mengalir walaupun ia sebenarnya tak elok utk diri dee, perasaan skrg menyakitkan deen buatkan kepala dee sgt sakit.

Agaknya dee terlalu letih.. Tu yg ia melarut jd begini.

Tuesday 25 October 2011

Secawan nescafe

Sejak semalam dee angin satu badan. Nak diluahkan pada orang, kasihan pula kawan dok dengar. Nasiblah ada diary mobile ni kan, nama lagi mylifestyle @ jurnal harian. Deepun tak kisah ada mengikuti @ tidak terserah. Sbb ini personal mylife diary

Suruh baut ini untuk berjuang, ada isu minta Dee cover dan pantau. Xder garis panduan. Dah tu, minta bantuan pandangan @ sekali sekala masukler bantu, seorangpun tak masuk. Buat posting, hmmmmm klu kena balun, alamat Dee tanggung sendiri. Agaknya Dee ni bodoh sangat kot sehingga memperbodohkan diri untuk buat kerja yang 'mereka' tak akan lakukannya.

Persoalan dee, memang perempuan biasa playsafe @ selalu nak berada zone selamatker. Hmmm.. Xsemua kot, sbb dee selalu tak berada dalam zone selamat. Wall fb dee sekarang semenjak 2 menjak ni asyik ada je posting gangguan yang menjengkelkan posting youtube melibat tuduhan yang seharusnya bukan dee seorang nk cover. Tuduhan nama tetapi pict melibatkan pihak lain. Statement je.. Siapa lagi youtube dari malaysiakini, posting on blog milosuam.

Ni dah lebih 12 jam dee buat pengumuman dalam group minta pandangan. Seorangpun tak respond. Tapi kalau dee posting citer2 happy .. Wow, laju respond dee dapat. Hmmmmm.. Tegurk lagi secawan nescafe.. Kepala dee berat sgt, berat sebab hati dee sakit dengan keadaan begini. Serba salah, tak buat perjuangan. Buat, menyusahkan dee lak.

Xper. Dee buat je, habis tempoh semboyan berbunyi, korang lantak nak buat apa. Semangat je tinggal ni. Hati dah tawar kalah air kosong dh ni. Dee susah bukan mereka ambil tahu, mrk cuma tahu jaga agenda mereka saja. All the best. Biar dee kali ni nmpk bodoh di mata korang sbb buat keje je 20/7 .

Arios!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 24 October 2011

GIAN

Lepas bosan teramat walau dalam kesibukan teramat. Hari ni kerja Dee dah double trouble. Ada lak kerja tu bertindan. Adui poning den dibueknyo

Sekali sekala , kita perlu juga lari seketika daru dunia serius. Apa lagi, kelebihan N8 seperti smart hp lai, hari ni dee berjaya download mp4 lagu2 fav dee kump penyanyi wanita korea ganeration girls. 5 lagu! Wakakkakakak... Puas hati sbb blh dengar n sekaligus tgok tarian kpop yg menarik.

Dee juga berjaya download mp4 lagu dato siti I'm falling in love yg tgh hangat. Tgok gerak dan penampilannya. Terfikir tanpa tunjukkan rambut, rasanya blhker ikut gaya dia ni? Hehehehheheh fuhhhhh! Sah dee kena jeling n kena kutuk punya!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 22 October 2011

Gelagat kucingku

Perhatikan gelagat kucingku yg dah masuk 5 bulan ini. Si comel kucing yang xreti nak tido 1 tempat kalau tak bergolek2 ke sana ke mari. Yang ini, saja menelentang, biarkan perutnya ditiup angin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 20 October 2011

TIPS JADI TEMAN SEJATI

Dee kongsikan 10 tips dr cosmo:

1. Walaupun dah lama tak berjumpa, kamu sanggup "turun padang" semata-mata untuk buat kejutan di hari jadinya.

2. Teman kamu dah dapat kerja dan terpaksa pindah, namun kamu tak pernah miss melawatnya sebulan sekali untuk melepak bersama seperti di kolej dulu.

3. Bila temanmu mulakan bisnes menjual pakaian. Kamu buka satu fan page di facebook sebagai tanda sokongan padu.

4. Mungkin kamu tak bersetuju dengan cadangannya, namun kamu tak pernah membantah dengan cara menyakitkan hati.

5. Saat temanmu sedang "pokai" di pertengahan bulan kamu tak lokek belanjanya makan dan tonton wayang.

6. Kamu menghormati kepercayaan, keutamaan, pantang larang serta hubungan cinta temanmu itu.

7. Kalian mempunyai hala tuju yang berbeza, namunkamu tak pernah lupa beri dorongan agar dia berjaya.

8. Walaupun dia cuba menyembunyikan kesedihan, kamulah orang pertama yang akan perasan dan cuba. Sedaya upaya untuk membantu dan mengembalikan keceriaan di wajahnya tanpa mengharap balasan.

9. Bila kamu bercuti di dalam atau di luar negara, kamu selalu belikannya cebderamata sebagai tanda persahabatan, malah sanggup hantar menggunakan pos jika kalian tidak sempat berjumpam

10. Kamu akan ikut tip fesyen atau nasihat cinta yang diberikannya tanpa banyak soal kerana kamu dah anggapnya sebagai kakak kandung sendiri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 19 October 2011

WARNA

Kenali diri melalui warna kegemaran. ( Sekadar relax time je)

Warna biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

 Warna Hijau

Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

 
Warna Kuning

Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

 Warna Ungu

Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

 Warna Putih

Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

 Warna Hitam

Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu.

 
Warna Merah

Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 16 October 2011

HASIL

Nampakkan gambar yang dee postkan. Pokok rambutan di halaman rumah, tgh lebat berbuah. 2 pokok ni cukuop buat dee dapat berikan kekwn dee yang datang bertandang apabila masak nanti. Dee tak ada niat nak jual buah rambutan dari pokok ni. Walauopun suatu ketika musim berbuah lepas, beberapa orang pemajak @ pemborong datang memujuk nk dee jual kt mereka.

Dee tak akan jual. Dee nak beri sesiapa yg memintanya tp jangan lak ambil untuk dijual. Hehehehehe tk sabar rasanya menunggu. Walau awal tahun ni, dee makan xlebih 10 biji rasanya. Agaknya dah selalu tengok buah tu, rasa nak makan hilang. Hahahahaha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GAJET

Rasanya dalam setahun ni, 1 persatu tablet dee cuba. Dr ipad ke ipad2, berakhir lepaskan kt orang lain juga. Jiwa tak melekat macam melekatnya jiwa ngan smartphone dee blackberry heheheheheh...

Selepas lepaskan ipad2, dee dh kembali lak ngan lappy dee yang setia samsung n nokia n8 dee dh jadi. Pengganti ipad2 , download game fav dee.. Angry bird! N ninja fruit! Xpasal2 biasa 1 hari boleh tahan batt dr dried , sejam dh tinggal half dek mengerjakan game! Hahahhahaha

Apapun, dee makin sayang n8 dee walau ada peringkt sblm dee menyedari kelebihannya nk lepaskan dan gantikan iphone4 hahahaha.. Dasar otak gajet!

Insyallah, tablet baru dee klu itu rezeki dee, pasti dee terima. Minta sahabat dee tempahkan. Kami ni mmg hantu gajet. Tambah lg dee suka sangat. Menulis, cuma skrg ruang menulis cerpen dh semakin tipis.. Tggjwb banyak sgt.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 10 October 2011

My comel dh 4 bulan . Nakal tul!

Sedar xsedar, si nakal comel dh 4 bulan. Badan mmg nmpk dewasa. Agaknya sbb seekor je. Blm berhenti lg menyusu ngan emaknyer.

Cuma comel meow nyer xnyaring! So susah nk dgr masa berbunyi. Comel kan ?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 23 September 2011

Sampai

2 jam 25 minit penerbangan Firefly membawa Dee tiba ke KKIA. Perjalanan yang lebih soft berbanding perjalanan Dee ke Kuala lumpur 2 hari lepas

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 22 September 2011

Pemandangan kedua kt KLIA

Bosannya hahahahah kalau ada rakan yang dikenali naik flight samam boleh lak borak. So dee ambik lagilah pict ini

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cantik kan

Dee dah sampai kt KLIA. Mata melilau mencari sesuatu yg blh dijadikan bahan utk mata dee n nmpk yg ini

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perjalanan ini

Sekarang menuju ke KLIA setelah sehari sentuk semalam berada di dewan merdeka PWTC.. Letih berdiri menyambut tetamu.. Tetapi seronok sbb bertemu rakan. Cuma sedih sebab ada rakan bb yg segan tegur ngan alasan takut salah orang :) apapun hope ada peluang bertemu lagi


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kekadang bergaya dan menonjol tak salahkan

Majlis rumah terbuka hari ini memang meriah sangat. Walaupun peringkt awal pagi, hujan lebat memberi tekanan, akan ramaikah datang

Dee dah buat penambahan padsa pakaian Dee. Jom tengok

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 20 September 2011

PERJALANAN

Hari ni Dee berangkat ke kuala lumpur. Esok majlis puteri di PWTC. Utk kali pertama dee mencuba penerbangan Fire Fly. Not bad.

Malas nak naik teksi, Dee naik ERL ke KL sentral je

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jika sesuatu tk digemari, lakukan sesuatu

Dee dah berapa kali menghadapi situasi apabila diminta utk memakai pakaian warna yg dee kurg gemari. Tetapi ianya adalah pakaian seragam. Nak tau apa yang dee lakukan?

Dee akan buat pada kain tersebut fesyen yg membuat dee selesa pakai. Hehehehehe... Klu warna terlalu terang, dee akan padan aksesori supaya ia menjadi lembut. Tgok jubah dee ini, bagaimana.. Ok tk jdnya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 19 September 2011

GUBAHAN

Dee suka melihat sesuatu yang indah. Kali ini dee abadikan gubahan yg dibuat untuk hiasan pentas progrm bhg hari ni.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 17 September 2011

JoM BELAJaR PErKAtAAN BARU

Tahun baru cina pemberian duit dipanggil angpao terapi raya pula disebut duit raya. Tetapi dalam. Kawasan Dee bahasa kawasan mengganti panggilan duit raya disebut "SonGsong"

Gambar di atas adalah kenangan semasa YB kamarlin selaku ADUN lumadan dan yb dsp lajim bersama isteri memberi duit songsong kepada kanak kanak berusia 12 tahun
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENUHI JEMPUTAN

Hari ni dee memenuhi jemputan ke rumah terbuka. Maaf sahabat lain yang menjemput. Dee hanya mampu penuhi 1 sahaja sebab petang ni, dee dah kena berada di dewan baru beaufort untuk persiapan program esok pagi

Gambar di atas Dee bersama Datin seri , isteri kepada DSP lajim hj ukim

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SIAP!

Siapa kata dalam kereta tak boleh bersiap. Heheheheh Dee selalu lakukannya , make up @ final touch biasa selps tiba ke destinasi. dee biasanya akan pastikan rakan bersama dee juga harus kemas jika Dee sedemikian. Tgoklah pict yang dirakam oleh cousin dee semasa dee betulkan scaft rakan dee.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

URBAN HIJAB. Cuba jugalah

Malam mesra bersama belia. Dee happy gak sebab berpeluang mengabdikan kenangan bersama rakan dee dengan penyanyi yang dee ikhtiraf jujur dalam kritikan dan suara yang power. Tak lain tak bukan abang Hattan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERPESONA

Jalan2 dee , saja nak survey2.. Sambil2 berkira2 nk tengok ada tak kerusi dan meja yang sesuai untuk dee letak di beranda depan rumah. Tp yang ini dah lari dari perancangan kerana terpesona. Adoi comel sport car ini!

Suka tak?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 16 September 2011

CERIALAH, ORANG LAIN AKAN RIANG

Dee sukakan keceriaan. Saat dee rasa sunyi sangat, dee akan melihat gambar gambar yang boleh membuat dee ceria. Sahabat bagaimana pula?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAGI INI

Hari ini Dee memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan di kampung dee. Nak tau tk apa yang selalu menjadi perhatian dee selain pengantin? Heheheh Hiasan Pelamin. Sebab Dee berhasrat memiliki butik hiasan bersama photogharaphy.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SALAM TEMU

Selalu sangat menulis dalam keadaan serius dan tertumpu untuk pendedahan maklumat. sudah tiba diri melakukan sesuatu yang menceritakan perjalanan harian sendiri. sesuatu perjalanan yang menggambar tidak keseluruahan perjalanan hidup mesti serius semata.

untuk blog ini Dee kongsikan apa yang Dee rasa so sweet dan memberi inspirasi perjalanan hidup Dee yang masih mencari tapak sebenar dunia Dee. Dee sukakan keindahan kreatif. sahabat boleh kongsikan idea untuk Dee ya

sayang selalu