Thursday 20 October 2011

TIPS JADI TEMAN SEJATI

Dee kongsikan 10 tips dr cosmo:

1. Walaupun dah lama tak berjumpa, kamu sanggup "turun padang" semata-mata untuk buat kejutan di hari jadinya.

2. Teman kamu dah dapat kerja dan terpaksa pindah, namun kamu tak pernah miss melawatnya sebulan sekali untuk melepak bersama seperti di kolej dulu.

3. Bila temanmu mulakan bisnes menjual pakaian. Kamu buka satu fan page di facebook sebagai tanda sokongan padu.

4. Mungkin kamu tak bersetuju dengan cadangannya, namun kamu tak pernah membantah dengan cara menyakitkan hati.

5. Saat temanmu sedang "pokai" di pertengahan bulan kamu tak lokek belanjanya makan dan tonton wayang.

6. Kamu menghormati kepercayaan, keutamaan, pantang larang serta hubungan cinta temanmu itu.

7. Kalian mempunyai hala tuju yang berbeza, namunkamu tak pernah lupa beri dorongan agar dia berjaya.

8. Walaupun dia cuba menyembunyikan kesedihan, kamulah orang pertama yang akan perasan dan cuba. Sedaya upaya untuk membantu dan mengembalikan keceriaan di wajahnya tanpa mengharap balasan.

9. Bila kamu bercuti di dalam atau di luar negara, kamu selalu belikannya cebderamata sebagai tanda persahabatan, malah sanggup hantar menggunakan pos jika kalian tidak sempat berjumpam

10. Kamu akan ikut tip fesyen atau nasihat cinta yang diberikannya tanpa banyak soal kerana kamu dah anggapnya sebagai kakak kandung sendiri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment